Jurulatih Sabah rebah ditumbuk penolong jurulatih sendiri

Jurulatih Sabah rebah ditumbuk penolong jurulatih sendiri

firdaushashim@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Nampak pelik tetapi benar-benar berlaku apabila ketua jurulatih ditumbuk oleh penolong jurulatihnya sendiri dalam saingan Piala Futsal Malaysia di Negeri Sembilan Arena, Nilai, hari ini.

Insiden tumbuk itu berlaku babitkan barisan kejurulatihan pasukan Sabah ketika menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) bagi aksi penentuan tempat ketiga dan keempat itu.

Dalam aksi terbabit, Sabah mendahului JDT 3-1 tetapi mereka kemudian membenarkan lawan bangkit untuk akur dengan kekalahan 3-4.

Selepas perlawanan itu berakhir, ketua jurulatih Sabah, Roger Filipe tidak berpuas hati dengan keputusan aksi dan cuba bertindak agresif.

Beliau kemudian cuba ditenangkan pegawainya sendiri namun Filipe terus ‘mengamuk’ sebelum dia ditumbuk penolongnya.

Filipe kemudian jatuh dan terbaring dan insiden berkenaan sempat dirakam hingga menjadi tular di laman sosial.

Apa yang berlaku itu sebenarnya jarang berlaku khususnya dalam era profesional apabila jurulatih ditumbuk oleh barisan kejurulatihannya sendiri.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top