Jururawat tuduh Fasha Sandha potong usus, dapat ‘gosip’ dari kawan

Jururawat tuduh Fasha Sandha potong usus, dapat ‘gosip’ dari kawan

Pelakon terkenal, Fasha Sandha telah berkongsi satu muat naik di Instagram dengan mendedahkan seorang wanita yang juga merupakan jururawat yang menuduhnya melakukan pembedahan memotong usus untuk tampil kurus.

Perkongsian Fasha itu turut disertakan dengan tangkapan layar dari mesej yang dihantar kepada wanita terbabit bagi meminta penjelasan mengenai tuduhan yang dibuat.

Menurut wanita itu, dia telah mendapat khabar angin tersebut dari rakannya yang bekerja di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

 

 

 

Jelas Fasha, penurunan berat badannya bukan mengambil masa yang cepat kerana memakan waktu enam bulan. Dia melakukan penjagaan makanan dan bersenam untuk memastikan tubuhnya kembali langsing.

Namun, tindakan jururawat berkenaan yang menyebarkan berita tidak tepat telah mengundang fitnah yang boleh menjejaskan reputasinya.

Fasha juga menjelaskan bahawa yang melakukan pembedahan di HUKM adalah ibunya dan bukan dirinya. Perkara tersebut juga dilakukan bertujuan untuk kesihatan warga emas berkenaan.

Jadi, dia meminta agar wanita terbabit membuat permohonan maaf dalam masa 24 jam diatas tindakannya mengeluarkan fitnah di media sosial.

Susulan daripada itu, pelakon drama Rampas Cintaku itu meminta agar orang ramai menggunakan media sosial dengan bijak dan tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh mengudang fitnah kepada orang lain.

Dia juga beharap supaya perkara ini menjadi pengajaran kepada semua kerana ia bukan sahaja merugikan bahkan menyebabkan pelbagai berita palsu mudah tersebar tanpa sebarang kesahihan.

Sumber: Instagram Fasha Sandha