05 Mac 2025 12:45pm
Masa membaca: 4 minit

Seorang juruterbang maut selepas pesawat kendaliannya terhempas di bandar Plettenberg, Jerman.
Jurucakap polis berkata, pesawat ringan itu terhempas di taman sebuah rumah kediaman sekitar 4.42 petang waktu tempatan dan punca kejadian masih belum dapat dipastikan.
Bangkai pesawat ditemukan di celah pokok dalam kawasan semak.
Biro Penyiasatan Kemalangan Pesawat Persekutuan kini mengambil alih siasatan bagi mengenal pasti punca nahas.
Identiti mangsa masih belum dikenal pasti dan pendaftaran pesawat belum diperoleh. Berdasarkan siasatan awal, tiada mangsa lain yang terlibat dalam nahas itu.
Sebuah helikopter turut digunakan untuk mendokumentasikan lokasi nahas dari udara. – Bernama



