Juruterbang maut pesawat Tentera Udara India terhempas

Juruterbang maut pesawat Tentera Udara India terhempas

NEW DELHI: Seorang juruterbang Tentera Udara India (IAF) terbunuh selepas pesawat tempur MiG-21 dipandunya terhempas di wilayah Punjab, utara India lapor Agensi Berita Xinhua memetik media tempatan hari ini.

Nahas itu berlaku lewat semalam ketika pesawat sedang menjalani latihan rutin.

“Kemalangan malam tadi membabitkan pesawat MiG-21 Bison dari sektor barat IAF. IAF mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa,” kata IAF.

Menurut laporan media, kejadian itu adalah nahas udara ketiga yang berlaku tahun ini membabitkan pesawat MiG-21. – BERNAMA

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top