KABUL: Juruterbang Tentera Udara Afghanistan maut dalam letupan bom yang didalangi oleh Taliban di bandar ini.
Mangsa, Hamidullah Azimi mati selepas sebuah bom diletakkan pada kenderaannya meletup sehingga menyebabkan lima orang awam lain cedera.
Komando Tentera Udara, Abdul Fatah Eshaqzai berkata, Azimi dilatih menerbangkan helikopter buatan Amerika Syarikat, UH-60 Black Hawk dan berkhidmat dengan tentera selama empat tahun.
Katanya, mangsa sekeluarga berpindah ke Kabul tahun lalu akibat ancaman keselamatan.
Sementara itu, jurucakap Taliban, Zabihullah Muhajid dalam kenyataan berkata, Taliban bertanggungjawab terhadap serangan itu.
Jelasnya, Taliban akan memastikan juruterbang Afghanistan yang dilatih AS menjadi ‘sasaran dan dihapuskan’. -REUTERS