MILAN: Juventus layak ke Liga Juara-Juara pada hari terakhir musim ini menerusi kemenangan a 4-1 di Bologna dan akan disertai AC Milan yang menewaskan Atalanta 2-0.
Napoli hanya memenuhi kelayakan ke Liga Europa apabila menamatkan saingan di tangga kelima, satu mata di belakang Juventus selepas seri 1-1 di laman sendiri berdepan Hellas Verona.
Dua penalti Franck Kessie memastikan AC Milan menamatkan musim di tangga kedua – 12 mata di belakang pencabar bandar yang sama Inter Milan – dan kembali ke Liga Juara-Juara pertama kali sejak musim 2013-2014.
“Kami layak ke Liga Juara-Juara selain tempat kedua,” kata jurulatih Milan, Stefano Pioli yang terlepas peluang minggu lalu ketika berdepan Cagliari.
“Kami layak pada keseluruhan kejuaraan selepas berada di atas, malangnya kami melepaskan mata Ahad lalu.
“Saya sangat teruja, gembira, saya perlu berterima kasih kepada kelab kerana mereka membolehkan kami bekerja dengan cara yang menakjubkan.”
Atalanta yang sudah mengesahkan bola sepak Liga Juara-Juara buat musim ketiga berturut-turut, terlepas peluang meraih kedudukan kedua Serie A buat kali pertama, beberapa hari selepas tewas dalam final Coppa Italia kepada Juventus. – AFP
© New Straits Times Press (M) Bhd



