JWC: Jerman tundukkan India 4-1 untuk ke final

JWC: Jerman tundukkan India 4-1 untuk ke final

Pemain Jerman meraikan kemenangan selepas berjaya menewaskan pasukan India pada perlawanan separuh akhir Hoki Piala Dunia Remaja 2023, Jerman menentang India di Stadium Hoki Nasional hari ini. – Foto Bernama

JERMAN selangkah sahaja lagi untuk menamatkan penantian sedekad mereka merampas semula Piala Dunia Hoki Remaja (JWC) Lelaki, selepas menewaskan India 4-1 dalam aksi separuh akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini, hari ini.

Pasukan dengan rekod kejuaraan tertinggi itu, iaitu sebanyak enam kali, mengawal permainan sejak mula apabila Ben Hasbach menjaringkan gol sulung pada minit kelapan.

India bagaimanapun berjaya menyamakan kedudukan tiga minit kemudian apabila ayunan Sudeep Chirmako memasukkan bola pada sudut kanan atas gawang Belanda.

Pasukan nombor tiga dunia, India kemudiannya giat mengasak dalam suku kedua dan berjaya mencipta enam pukulan sudut penalti, namun Jerman teguh bertahan sebelum kembali mendominasi apabila Hasbach menjaringkan gol menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-30.

Scroll to Top