Kabonga tarik kereta api 279 tan guna gigi

Kabonga tarik kereta api 279 tan guna gigi
Kabonga tarik kereta api 279 tan guna gigi

Kabonga (tengah) cipta tiga rekod dunia ketika sedang berpuasa. Foto Agensi

KAHERAH – Ahli gusti profesional Mesir, Ashraf Mahrous, atau lebih dikenali sebagai Kabonga, mencipta sejarah apabila berjaya mencatat tiga rekod dunia Guinness World Records, termasuk menarik kereta api seberat 279 tan menggunakan gigi.

Aksi luar biasa itu dilakukan di Stesen Kereta Api Ramses, Kaherah, pada Rabu dan Khamis lalu ketika umat Islam menjalani ibadah puasa Ramadan.

Menurut Kabonga, beliau berjaya menarik gerabak seberat dua tan sejauh 107 meter dalam tempoh 37 saat pada hari pertama, selain mencipta rekod baharu dengan menarik gerabak seberat satu tan sejauh 100 meter dalam masa kurang 60 saat.

“Keesokan harinya, saya menarik sebuah kereta api seberat 279 tan menggunakan bahu sejauh 10.66 meter ketika masih berpuasa,” katanya seperti dipetik Anadolu.

Kabonga, yang juga Presiden Persekutuan Gusti Profesional Mesir, pernah menarik sebuah trak seberat 15.73 tan dengan giginya pada 2021.

Pada Februari lalu, beliau turut mencatat rekod dunia selepas berjaya memecahkan dan memakan 30 biji telur mentah dalam masa 30 saat.

Penganjur acara, Dawlet Elnakeb, berkata Kabonga hanya menjalani latihan selama 20 hari sebelum percubaan memecahkan rekod itu dilakukan.. – Agensi

Scroll to Top