Pendakwah bebas, PU Syed mengakui terbeban dan tidak mampu untuk membayar gaji pekerja minimum yang telah dinaikkan kepada RM1,700 selepas pengumuman dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Belanjawan 2025, baru-baru ini.
PU Syed atau nama lengkapnya, Syed Mohd Bakri Syed Ishak, 42, menjelaskan dia bukan tidak bersetuju dengan kenaikkan kadar gaji tersebut, sebaliknya tidak mampu untuk membayar pekerja.
“Jika RM1,700 gaji minimum dari RM 1,500. Di sini bukan sahaja naik RM200 tetapi caruman untuk KWSP juga akan naik dan caruman SOCSO juga akan naik.
“Ambe (saya) selaku majikan tak mampu dah… kalau kakitangan awam atau syarikat mahakaya lainlah.. Ambe bukan tak setuju naik gaji tu..tetapi selaku majikan terasa tak mampu sungguh,” tulisnya.
PU Syed berkata demikian menerusi sebuah perkongsian yang dimuat naik di Instagram miliknya.

Dalam Belanjawan 2025, kerajaan telah bersetuju untuk meningkatkan kadar gaji minimum daripada RM1,500 kepada RM1,700 sebulan yang berkuat kuasa pada 1 Februari 2025.
Artikel Berkaitan: Lagu & MV Bukit Mak Dikritik Persenda Agama, PU Syed Tegur Namawee & Harith Iskander – “Jangan Sentuh Isu Sentimen Di Malaysia”
Artikel Berkaitan: Titip Komen Nakal Berkaitan Isu Poligami, PU Syed Kecewa Wanita Bergurau Sampai Persenda Agama – “Jika Sedar, Mohonlah Ampun Kepada Allah”




