“Kagum Sebab Surau Tu Kecil Je” – Individu Puji Zul Ariffin Solat Di Stesen Minyak

“Kagum Sebab Surau Tu Kecil Je” – Individu Puji Zul Ariffin Solat Di Stesen Minyak

Baru-baru ini tular hantaran seorang individu yang meluahkan rasa kagum apabila melihat pelakon Zul Ariffin menunaikan solat di sebuah stesen minyak di Tangkak, Johor.

Menurut individu berkenaan, dia tidak sangka artis seperti Zul Ariffin menunaikan solat di situ merana surau di stesen minyak berkenaan agak kecil.

BACA: “Makan You Je Lah” – Dialog Manja Zul Ariffin Dalam Bisik Asmara Buat Netizen Seram

“Semalam, suami berhenti solat dekat Shell Tangkak kemudian ternampak Zul Ariffin solat dekat surau situ.

“Saya kagum sebab surau tu kecil saja dan tak sangka  artis macam Zul Ariffin selesa solat dekat surau stesen minyak macam tu. Saya cakap dengan suami, hebatnya Zul Ariffin. Okay je solat dekat surau kecil macam itu. Kagum!’,” tulisnya.

Perkongsian individu itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji pelakon itu dalam menjaga ibadah.

Malah, ada yang berkongsikan pengalaman bekerja dengan aktor itu mengatakan Zul tak pernah meninggalkan solat.

Bagaimanapun, ada yang kurang senang dengan perkongsian tersebut apatah lagi ibadah solat itu adalah perkara wajib bagi umat Islam.


Scroll to Top