Tak sampai setahun bercerai, tiba-tiba muncul video kahwin baharu! Itulah yang dihadapi oleh influencer media sosial, Emy Chachacha, yang kini menjadi bualan ramai selepas berkongsi momen bahagianya bernikah dengan wanita pilihan hati.
Namun, di sebalik senyuman dalam video tu, rupanya ada suara-suara yang mempertikaikan tindakannya.
Ada yang terus dakwa Emy dah lupa diri, malah dikatakan tak menghargai pengorbanan bekas isteri pertama yang pernah setia waktu susah dulu.
“Saya pernah kahwin, jadi saya tahu rasa sakitnya”
Menurut Emy, keputusan untuk kahwin semula bukan dibuat semberono. Dia sendiri mengakui hidup solo selepas pernah berumah tangga memang bukan satu benda yang mudah untuk dihadapi.
Sebab saya dah pernah berkahwin. Jadi apabila saya hidup solo buat sementara itu, ianya mencabar. Hanya orang yang pernah berkahwin memahami betapa sakitnya. Benda ini jodoh, jadi jangan tunggu lama-lama, kita teruskan je.
Bukan kahwin sebab popular atau followers ya! Emy dengan tenang menjelaskan bahawa isterinya yang sekarang bukanlah jenis yang ‘terpikat’ dengan statusnya sebagai influencer.
Dia bukan jenis yang memilih saya kerana popular. Saya selidik perangai dan tingkahlaku dia macam mana. Nampaklah dia seorang yang ikhlas.
Dikecam dan dituduh lupa diri

Emy turut berkongsi ramai yang terkejut dengan perkongsian video perkahwinannya dan tak kurang juga yang terus lempar kecaman.
Saya dah berpisah dengan isteri pertama tu dalam lapan bulan, kemudian bila kongsi gambar kahwin semua terkejut dan tak percaya siap ada yang kata dekat saya macam-macam.
Apa yang paling menyakitkan hati, bila ada netizen menuduh dia dah berubah apabila sudah dikenali ramai dan lupakan jasa bekas isteri.
Mereka kata saya macam lupa diri bila sudah terkenal dan lupa jasa sewaktu susah senang dengan bekas isteri sedangkan mereka tak tahu apa yang saya lalui pada waktu tu.
Walaupun dikecam, Emy tetap memilih untuk menjaga privasi dan tidak membuka cerita silam yang boleh mengaibkan sesiapa. Dia harap orang ramai berhenti membuat andaian yang bukan-bukan.
Pssttt! Emy dah jelaskan hal sebenar. Jangan la ada yang tuduh beliau lupa diri lagi ya. Perpisahan tu berlaku dah hampir setahun dah rupa-rupanya.
Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.