“Kain Kapan Ada Tiga Garis Macam Disebat & Terbakar” – Terpaksa Gali Semula, Joey Daud Dedah Kisah Mengisafkan Kerja Penggali Kubur

“Kain Kapan Ada Tiga Garis Macam Disebat & Terbakar” – Terpaksa Gali Semula, Joey Daud Dedah Kisah Mengisafkan Kerja Penggali Kubur

Pelakon dan pelawak, Joey Daud mengimbas kembali satu pengalaman yang cukup meremangkan bulu roma ketika pernah bekerja sebagai penggali kubur suatu ketika dahulu.

Menurut Joey, insiden itu berlaku ketika proses pengebumian satu jenazah yang menghadapi kesukaran untuk dimasukkan ke liang lahad, walaupun saiz kubur telah digali lebih besar daripada biasa.

“Dah gali betul tapi nak masuk sempit, dah ambil lebih tetap sempit tak boleh nak masukkan jenazah. Terpaksa azan sebanyak tujuh kali baru boleh masuk,” katanya.

Namun, insiden yang paling memberi kesan dalam hidupnya berlaku selepas jenazah selesai dikebumikan dan ahli keluarga sudah mula melangkah meninggalkan tanah perkuburan.

“Tiba-tiba saya terdengar jeritan ahli keluarga arwah minta gali semula kubur sebab tertinggal kunci kereta.

“Bila dah buka papan itu, memang betul ada kunci kereta atas jenazah. Mungkin tercicir, tak perasan… tapi kami semua terkejut dengan keadaan jenazah masa tu,” katanya.

Joey berkongsi perkara tersebut ketika menjadi tetamu sesi podcast ‘Sembang Seram’ yang dikendalikan pelakon dan pempengaruh, Safwan Nazri.

Pemilik nama sebenar Zulkifli Daud, 52 berkongsi kisah itu semasa menjadi tetamu program podcast ‘Sembang Seram’ yang dikendalikan oleh pelakon dan pempengaruh, Safwan Nazri.

Mengulas lanjut, Joey berkata keadaan kain kapan jenazah yang pada awalnya kelihatan putih dan bersih telah berubah secara mengejut dalam tempoh yang sangat singkat.

“Selepas tujuh langkah dari kawasan perkuburan itu, kain kapan yang pada awalnya putih suci bersih bertukar ada kesan terbakar tiga baris sampai ke kulit macam kena sebatan.

“Bukan reka, tapi cerita betul saya nampak sendiri. Ahli keluarga arwah menangis teruk menyaksikan keadaan itu,” katanya.

Joey mengakui pengalaman itu masih segar dalam ingatannya hingga ke hari ini dan menjadikannya pengajaran besar tentang keinsafan dan alam selepas mati.

@sembangseram

fuhh mmg sampai betul penceritaan abg Joey ni, siapa tak tgok full mmg rugi #Sembangseram #Ceritaseram #Kisahseram #Kisahhantu #Safwannazri #safwannazripod #Safwannazripodcast #Seram #Kubur

♬ original sound – sembangseram – sembangseram

Scroll to Top