Penampilan selebriti terkenal, Neelofa dan Mira Filzah dalam episod program bual bicara Next To Neelofa sememangnya telah mencuri perhatian ramai sejak beberapa gambar ketika mereka menjalani pengambaran tular di media sosial.
Mana tidaknya, ada sesetengah peminat ‘nakal’ telah menyamakan warna pakaian yang digunakan oleh dua orang selebriti popular itu seperti ikan laga.
Sudah tentu perkara tersebut membuatkan netizen geli hati dan mengakui memang ada persamaan dari segi warna.
Neelofa juga yang mengetahui hal tersebut terhibur dengan komen netizen dan telah memuat naik video promosi episod program itu bersama Mira dengan kapsyen ‘ikan laga’.
Namun begitu, menerusi ruangan komen perkongsian selebriti berkenaan, ada sesetengah netizen perasan baju yang dua selebriti itu gayakan agak lembut sehingga memperlihatkan lekuk badan mereka.
Walau bagaimanapun, menerusi perkongsian itu juga, ramai yang terhibur dengan kapsyen gurauan yang dibuat oleh Neelofa berhubung pakai mengikut warna ikan laga.
Mereka juga memuji penampilan dua selebriti itu yang tetap anggun dan cantik dengan cara tersendiri.
Namun begitu, video yang dikongsikan Neelofa di Instagramnya itu telah pun dipadam tidak lama selepas menerima pelbagai maklum balas berhubung bajunya.
Mungkin apa yang dilakukan oleh selebriti berkenaan bertujuan untuk mengelakkan timbul sebarang fitnah lebih-lebih lagi dia kini sudah berniqab.
Sumber: Instagram Neelofa