Oh! Artis
Video Kak KM kutuk ustazah tular di Threads, cetus kemarahan dan persoalan netizen tentang konteks sebenar kenyataan.
Tular di aplikasi Threads, satu video memaparkan usahawan kontroversi Kak KM atau Liana Rosli didakwa mengeluarkan kenyataan kurang manis terhadap golongan ustazah. Video berdurasi 15 saat itu dikongsi pengguna @notttmee0_ dan mencetuskan pelbagai reaksi warganet.
Menerusi rakaman tersebut, Kak KM yang juga anak kepada pelakon Normah Damanhuri, didakwa menyamakan semua ustazah sebagai tidak boleh dipercayai dan hanya pandai bercakap tentang orang lain.
Kenyataan cetus rasa kurang senang netizen

Walaupun video tu pendek dan tidak jelas konteks penuhnya, kenyataan itu dah cukup untuk buat ramai netizen meluahkan rasa kecewa. Ramai persoalkan sikap Kak KM yang dilihat seperti memperkecilkan golongan pendakwah wanita.
Ustazah apa pun, kau jangan percaya apa dia cakap. Apa yang dia nak berdakwah, sebenarnya banyaknya nak cakap-cakap pasal orang je.- Katanya.
Namun begitu, ada juga netizen lain yang mempertahankan Kak KM dan percaya mungkin kenyataan itu hanya ditujukan kepada segelintir ustazah yang tidak mengamalkan apa yang mereka dakwah. Bagi mereka, tak wajar nak samakan semua ustazah semata-mata kerana tindakan seorang dua.
Kak KM pernah beri hadiah cincin pada ustazah popular

Menariknya, sebelum ini Kak KM pernah tular apabila menghadiahkan sebentuk cincin emas kepada pendakwah selebriti, Ustazah Asni Mansor sempena hari lahirnya. Jadi, ada juga yang persoalkan sama ada video yang tular itu benar atau suntingan semata-mata.
Setakat artikel ini ditulis, tiada sebarang penjelasan dikeluarkan oleh Kak KM sendiri mengenai isu berkenaan.
Pssttt! Ohmedia harap korang tak terus menghukum selagi kebenaran belum jelas. Dalam zaman video mudah disunting, sikit sabar dan semak dulu sebelum buat kesimpulan.
Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!



