Oh! Artis
Kak KM sebak dipeluk Ustazah Asma Harun secara tiba-tiba, kata beliau sangat baik dan bersih wajahnya.
Bila nama Kak KM naik, mesti terkait dengan kontroversi yang kurang best. Tapi janganlah buruk sangka macam orang tu teruk sangat. Kalau tengok perkongsian terbaru Kak KM ni, dia nampak gembira sangat bila bertemu dengan pendakwah terkenal, Ustazah Asma Harun.
Dalam video tu, Kak KM dilihat dipeluk Ustazah Asma di lapangan terbang. Katanya, cara Ustazah datang tegur dan peluk tu buat dia rasa terharu sangat.
Pertemuan Kak KM dan Ustazah Asma Harun penuh emosi

Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli cerita yang dia memang tak sangka langsung akan ditegur macam tu. Walaupun sebelum ni Ustazah Asma pernah bercakap pasal dirinya, tapi layanan yang diberi masa jumpa buat dia terdiam.
Ustazah Asma Harun tegur dan peluk saya di lapangan terbang, saya rasa nak nangis sebab apa yang orang luar cakap pasal beliau sebenarnya banyak tak betul.- Katanya.
Tambahnya lagi, pertemuan tu buat dia sedar yang Ustazah Asma bukanlah macam apa yang orang bayangkan.
Walaupun Ustazah Asma ada cakap pasal saya tapi itu adalah caranya namun, beliau tak akan jumpa kalau bencikan saya. Sebenarnya beliau sangat baik, comel.. mukanya bersih seolah-olah tiada dosa.- Katanya.
Doa dan kata-kata penuh makna dari Ustazah Asma

Bukan setakat peluk, Ustazah Asma juga sempat titipkan doa dan kata-kata positif buat Kak KM. Siapa sangka, dua individu yang sangat berbeza pendekatannya boleh bertemu dalam suasana sebaik ini.
Semoga sentiasa berada dijaga, dipelihara Allah selalu. Kita sama-sama berkumpul di syurga, diberikan petunjuk serta hidayah.. Saya tahu Kak KM orangnya baik dalam dan luar insya-Allah. Jaga diri ya.- Katanya.

Ramai yang tonton video tu rasa tersentuh bila tengok reaksi Kak KM. Walaupun sering dikecam, kali ni ramai pula puji keterbukaan hatinya bila berdepan dengan Ustazah Asma. Ada juga yang doakan agar dia berubah ke arah lebih baik.
Apa yang berlaku antara Kak KM dan Ustazah Asma ni mungkin boleh buka mata kita semua. Kadang apa yang kita dengar dari luar tak semestinya tepat. Bila dua hati yang ikhlas bertemu, hasilnya sangat indah.
Pssttt! Ohmedia rasa kisah ni ada banyak benda kita boleh belajar. Jangan terus nilai seseorang hanya dari luaran je. Kadang-kadang, pelukan dan kata-kata baik boleh ubah hidup seseorang tanpa kita sedar.
Kredit: TikTok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!



