Terkini! Pihak polis mengesahkan seramai 60 saksi iaitu pelajar, ibu bapa dan kakitangan sekolah telah diambil keterangan untuk membantu kes kematian pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir.
BACA: Dakwaan Pelaku Kes Zara Qairina Dilindungi, Nurulhidayah Mohon PDRM Buat Kenyataan
Memetik laporan Sinar Harian, turut dipanggil adalah tiga nama pelajar yang disebut di media sosial iaitu Kak Wana, Kak Dedeng dan Tomboi.
Polis sahkan kertas siasatan sudah di Bukit Aman

Menurut Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun, siasatan kini berada di peringkat akhir selepas pelbagai pihak dipanggil memberikan kenyataan.
Buat masa sekarang kertas siasatan telah kita bawa ke Bukit Aman untuk perhatian dan penelitian akhir sebelum dirujuk ke Jabatan Peguam Negara.
Datuk Jauteh juga tidak menolak kemungkinan wujud unsur buli dalam kes ini dan siasatan sedang menjurus kepada dua elemen utama iaitu punca kematian serta persekitaran mangsa.
Dakwaan anak VIP terlibat ditepis polis

Beliau turut menjawab dakwaan kononnya ada anak orang kenamaan termasuk anak beliau sendiri yang terlibat dalam kes ini.
Namun, Jauteh menafikan sekeras-kerasnya tuduhan itu dan menyifatkannya sebagai tidak sihat.
Saya nyatakan di sini bahawa tidak pernah ada anak saya yang bersekolah di sekolah itu… Jadi ini bererti bahawa ada netizen yang sengaja menimbulkan sesuatu yang tidak sihat kepada perkara ini.
Menjawab persoalan mengapa siasatan mengambil masa, beliau menjelaskan bahawa pihak polis sangat berhati-hati kerana saksi terdiri daripada pelajar yang juga mungkin mengalami trauma.
Kalau kita buat siasatan secara tidak profesional, sudah tentu ini akan menambahkan trauma mereka… sebab kita bukan melihat kepada satu arah.
Siasatan turut dibantu oleh pakar kaunseling dan satu pasukan khas dari IPK Sabah sejak 18 Julai bagi memastikan siasatan dilakukan dengan penuh profesionalisme.
Pssttt! Oh! Media berharap siasatan dapat diselesaikan dengan telus dan adil, dan mereka yang bersalah diheret ke muka pengadilan. Jangan sesekali kompromi soal keselamatan pelajar.
Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.




