Tular di aplikasi Threads dakwaan yang dibuat seorang wanita mengaku kakak kepada cef pizza wagyu, Jofliam.
Dalam perkongsian tersebut, Nurul Jofli yang dituduh sebagai staf toksik sebelum ini tampil membersihkan namanya.

Menurut Nurul, jika benar keluarga sendiri adalah toksik, mana mungkin perkahwinan adiknya bersama Cik Epal bertahan selama 10 tahun.
Nurul mendakwa semuanya berubah selepas kehadiran wanita yang dilabelnya sebagai penyondol ‘dramatic’.

Jelas Nurul lagi, sebagai seorang kakak dia sudah tentu mahu melindungi rumahtangga adiknya dan tidak mungkin berniat jahat.
Nurul juga meminta maaf mewakili ibunya di atas komen yang dibuat di perkongsian sebuah portal di Instagram. Katanya, komen itu dibuat ibunya dalam keadaan marah di atas perlakuan adiknya.

Nurul Jofli turut menunjukkan seutas beg tangan berwarna coklat didakwa kepunyaan Cik Epal yang masih belum digunakan.
Tetapi, beg tangan berjenama itu didakwa sudah dibawa ke sana ke mari oleh orang yang tidak sepatutnya.

Di ruangan komen, seorang netizen memuat naik gambar bertanyakan sama ada beg tangan tersebut sama seperti yang dilihatnya.

Nurul bagaimanapun memohon adiknya sedar daripada lamunan dan kembali kepada keluarga. Lebih-lebih lagi kepada ibu yang setiap hari menangis mengenangkan perbuatannya.




