Kakak Pelakon Popular Ditahan Kes Dadah, Syabu Ditemui Dalam Beg Silang

Kakak Pelakon Popular Ditahan Kes Dadah, Syabu Ditemui Dalam Beg Silang

Oh! Tidak

Kakak pelakon popular ditahan selepas syabu 5.45 gram ditemui dalam rumah di Sungai Petani, dua wanita direman bantu siasatan.


Seorang wanita yang merupakan kakak kepada pelakon popular ditahan untuk siasatan lanjut selepas polis menemui dadah jenis syabu di dalam beg silang di rumahnya.

Lapor Kosmo!, selain suspek, seorang lagi wanita turut diberkas ketika pemeriksaan di sebuah rumah di Taman Lembah Bujang Saujana, Bedong, Sungai Petani Kedah.

Syabu ditemui dalam bilik rumah

Dadah

Difahamkan, hasil pemeriksaan polis menemukan satu bungkusan plastik hitam yang diikat getah bersama dua paket lutsinar mengandungi bahan disyaki syabu dengan anggaran berat 5.45 gram.

Bahan tersebut ditemui di dalam sebuah beg silang yang diletakkan di atas katil di dalam bilik rumah berkenaan.

Ujian air kencing negatif, tiada rekod jenayah

Pdrm

Namun, hasil ujian air kencing ke atas kedua-dua wanita itu menunjukkan keputusan negatif.

Malah, siasatan awal juga mendapati mereka tidak mempunyai sebarang rekod kesalahan lampau sebelum ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan turut mengesahkan penahanan tersebut dan memaklumkan kedua-dua suspek direman selama dua hari bermula hari ini.

Tambahnya, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 39(A)1 Akta Dadah Berbahaya 1952.

Pssttt! Kes ini membuktikan bahawa isu dadah boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa mengira latar belakang. Harapnya siasatan dapat dijalankan dengan telus dan menjadi peringatan kepada masyarakat untuk menjauhi gejala ini.

Kredit: Kosmo!
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top