Tabung dana ikat jamin Abang Bas yang diwujudkan bagi membantunya selepas ditahan polis pada 5 September lalu kini telah ditutup.
Menurut kakaknya, Zarina Sari, dana tersebut sudah mencapai sasaran.
Dalam perkongsian di Facebook, Zarina mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah menyumbang, termasuk dari luar negara seperti Singapura, Indonesia, dan Myanmar.
Terima kasih kepada NETIZEN 1MALAYSIA, SABAH, SARAWAK, SINGAPORE, INDONESIA DAN MYANMAR dermawan yg sudi menyumbang dan membantu abang bas.
Semoga infaq dari kalian digantikan dengan sebesar besar ganjaran pahala dunia dan akhirat dari Allah.- Tulis Zarina.
Zarina juga berjanji untuk terus mengemas kini perkembangan perbicaraan adiknya dan memohon maaf jika ada pihak yang kurang senang sepanjang kes ini tular.

