Masuk je Ramadan, terus mood raya datang sekali. Tengah puasa tapi fikiran dah melayang nak OOTD baju raya, kuih raya berapa dan warna langsir raya.
Lepas tu, bila tengok phone, confirm buka app Shopee. Hati pula jadi tak tentu arah bila dengar notifications “Shopee”. Konon nak tengok-tengok je, tapi akhirnya cart yang penuh dulu.
Jangan risau, perangai ni bukan sorang je ada. Majoriti orang Malaysia kami yakin memang ada simptom sama setiap kali menjelang musim perayaan. Kalau dah memang perangai macam ni, nasihat kami jadi pengguna bijak dengan buat pembelian pada waktu yang tepat.
Korang tau kan Shopee ada Bazar Hebat Raya? Inilah tempat untuk geng deal hunters, kaki shopping spree, pencinta livestream dan trendsetter raya!
Sebabnya… Meh kami share…
1. 50% Diskaun Fesyen Raya Terkini — Masa Untuk Upgrade Look Raya

Nak jadi fashionista raya tahun ni tak perlu pening kepala. Di Shopee Bazar Hebat Raya, Shopee tawarkan 50% OFF untuk Raya Fashion Trends.
Daripada best sellers hingga new arrivals yang baru restock, semuanya tersedia untuk bantu lengkapkan gaya raya korang.
Baju kurung moden, baju Melayu, tudung trending, kasut raya dan pelbagai aksesori boleh dapat pada harga lebih berbaloi. Kalau memang jenis yang survey dari awal Ramadan, inilah masa paling sesuai untuk checkout sebelum stok habis.
2. Free Shipping Tanpa Perbelanjaan Minimum — Tak Perlu Fikir Caj Penghantaran

Antara perkara yang selalu buat orang fikir dua kali nak checkout ialah caj penghantaran. Tapi sepanjang kempen ini, Shopee menawarkan Free Shipping tanpa minimum spend setiap hari sehingga 25 Mac 2026.
Tak kisah beli barang kecil atau besar, penghantaran tetap percuma. Jadi kalau cart dah penuh dengan keperluan raya, tak perlu risau tentang kos tambahan yang boleh jejaskan bajet.
3. Baucar 50% Diskaun Harian di Shopee Live — Scroll Sambil Jimat

Untuk yang memang suka layan livestream lepas tarawih, Shopee sediakan Baucar 50% Diskaun Harian di Shopee Live untuk semua pesanan melalui Shopee Live.
Livestream berlangsung setiap hari dari 12PM hingga 12AM! Ini je? Bukan ye, Shopee bawakan #GRWS Raya Fashion Hacks setiap hari Jumaat untuk beri inspirasi dan tip styling kepada pengguna.
#GRWS Raya Fashion Hacks livestream ni menampilkan pencipta kandungan fesyen popular, Farah Deluna, Sharifah Rose dan Qisthena, yang membongkar gaya Raya terkini serta berkongsi tip styling, dari padanan warna hingga teknik tudung, untuk penampilan Raya yang bergaya.
Selain setiap Jumaat, sesi khas juga berlangsung pada 3, 10, 15 dan 25 Mac. Jadi bukan sekadar beli baju raya, tapi tahu cara padankan supaya nampak lebih trendy dan yakin di pagi Syawal.
Ha, kalau dah memang habit suka tengok live, sekurang-kurangnya manfaatkan dengan diskaun yang lebih berbaloi.
Tak Cukup Lagi? Nak More? Ok tengok sini:
Shopee Prizes — Main Sambil Kumpul Ganjaran

Sempena Shopee Bazar Hebat Raya, Shopee turut sediakan pelbagai permainan harian untuk tambah keterujaan korang setiap kali buka aplikasi Shopee.
Melalui Shopee Farm, pengguna boleh tanam benih dan berpeluang memenangi sehingga 5, 50, atau 500 Raya Coins. Spin & Win pula memberi peluang memenangi baucar RM50 diskaun harian.
Tap & Win membolehkan pengguna cuba nasib memenangi 10g Gold Bar setiap minggu dari 23 Februari hingga 19 Mac!
Selain itu, Shopee Mission menawarkan peluang memenangi RM50 Raya Voucher dengan SPayLater apabila misi diselesaikan manakala Shopee Shake pula memberi peluang untuk menang hingga 100 syiling Shopee!
Shopping bukan sekadar berbelanja, tapi boleh kumpul lebih banyak ganjaran. Syiok Betul, cuma tap tap, spin spin atau shake je.
Raya Mesti Beli — Semua Dalam Satu Aplikasi

Shopee Bazar Hebat Raya menghimpunkan pelbagai kategori penting untuk persiapan raya. Sempurna Aidilfitri menampilkan keperluan harian, Keperluan Eid-lektrik merangkumi barangan elektronik, Anggun Aidilfitri untuk fesyen serta kesihatan dan kecantikan, manakala Riang Raya merangkumi produk gaya hidup.
Tak kira apa yang dicari, semuanya boleh ditemui dalam satu aplikasi tanpa perlu ke banyak tempat. Sweetnya Shopee ni, semua benda dia cover!
Shopee Payung Lagi — Inisiatif Khas Untuk Negeri Terpilih
Bagi pengguna di Kedah, Kelantan, Pahang, Perlis dan Terengganu, Shopee Payung Lagi menawarkan set voucher eksklusif bernilai sehingga RM150 yang boleh di-stack tanpa kos tambahan untuk pembelian perayaan.
Inisiatif ini berlangsung dari 9 Februari hingga 21 Mac 2026 dan merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Shopee untuk memperluas akses kepada tawaran lebih baik dan peluang membeli-belah yang lebih mampu milik untuk komuniti tempatan.
Bukan itu sahaja ye, Shopee bagi MORE!
RM10 Knockout Deals — Rebut Pada Waktu Ditetapkan

Shopee turut menawarkan RM10 Knockout Deals dengan barangan berjenama pada harga RM10 dan RM100. Tawaran ini tersedia pada:
- 2 Mac, 9 Mac, 14 Mac & 24 Mac pada jam 8PM
serta
- 3 Mac, 10 Mac, 15 Mac & 25 Mac pada jam 12AM, 10AM, 12PM, 2PM, 8PM dan 10PM.
Pengguna digalakkan tambah ke cart lebih awal dan checkout pada waktu yang ditetapkan supaya tidak terlepas peluang.
Raya Voucher Drop — RM10 Off Setiap 10 Minit

- 2 Mac, 9 Mac, 14 Mac & 24 Mac pada jam 9PM – 10PM & 11PM – 12AM
serta
- 3 Mac, 10 Mac, 15 Mac & 25 Mac pada jam 9AM – 12 AM
Voucher ini boleh terus dituntut dan digunakan, sesuai untuk yang memang pantas bertindak bila nampak peluang jimat.
Jadi, apa tunggu lagi? Set reminder sekarang!!
Instant Delivery — Sesuai Untuk Kaki Shopping Last Minute

Bagi yang risau barang tak sempat sampai sebelum raya, pilih item yang bertanda “Instant Delivery” dan checkout sebelum 3PM dan terima dalam 4 jam! Ini pilihan sesuai untuk yang memang jenis buat persiapan saat akhir.
Cash on Delivery – Barang Sampai, Baru Bayar!
Rakan-rakan! Shopee kini tawarkan Cash on Delivery di Semenanjung Malaysia! Boleh beli sehingga RM500! Lagi mudah, lagi yakin, barang sampai baru bayar!
E-Vouchers — Raya Lebih Digital
Shopee turut menawarkan E-Vouchers dengan promosi Buy 1 Free 1 serendah 10 sen dan sehingga 50% OFF untuk produk terpilih. Cara lebih mudah untuk dapatkan tawaran menarik tanpa perlu keluar rumah.
Shopee Choice RM3 Knockout Deals — Harga Serendah RM3
Produk Shopee Choice tertentu ditawarkan pada harga RM3 pada jam 10PM pada 3 Mac, 10 Mac, 15 Mac & 25 Mac. Tambah ke cart sehari sebelum dan pastikan checkout pada waktu yang ditetapkan untuk nikmati tawaran ini.
Kalau dah memang perangai orang Malaysia bila Ramadan semua benda rasa nak beli, sekurang-kurangnya pilih waktu yang paling berbaloi.
Dengan pelbagai deal, voucher, permainan, Shopee Coins, hadiah wang tunai dan tawaran eksklusif dalam Shopee Bazar Hebat Raya, Shopee terus jadi destinasi utama untuk persiapan fesyen dan makanan sepanjang musim perayaan.
Raya setahun sekali, cart penuh itu biasa, yang penting checkout dengan bijak hanya di Shopee. Beli Sekarang!
Psst.. Dah dengar belum Jingle Shopee?
Mastura adalah Ketua Penulis Editorial sepenuh masa di Oh! Media, pakar dalam menyampaikan artikel pemasaran dengan gaya yang santai namun penuh informasi, memastikan setiap kandungan mudah difahami dan relevan untuk pembaca.




