
KANGAR: Seorang kakitangan mahkamah syariah direman selama dua hari bermula hari ini, bagi membantu siasatan rasuah berkaitan proses permohonan pengesahan sabitan nasab.
Perintah reman hingga 26 Mac itu dikeluarkan Majistret Kamaliza Md Zain di Mahkamah Kangar yang membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM.
Suspek ditahan selepas memberi keterangan di SPRM Perlis kira-kira 5.30 petang semalam.
Menurut sumber, kakitangan mahkamah syariah berusia 41 tahun itu menerima suapan berjumlah RM5,500 sebagai dorongan untuk melancarkan proses permohonan pengesahan sabitan nasab.
Katanya, berdasarkan semakan transaksi, kakitangan terbabit menerima RM3,000 pada Rabu minggu lepas.