Pengurus kepada pelakon Fattah Amin iaitu Skirin Acha tampil menjawab mengenai desas desus mengatakan aktor itu bakal melangsungkan perkahwinan dalam masa terdekat.
Memetik Utusan Online, Acha berkata jika ada berita baik mereka akan kongsikan dan tidak akan dirahsiakan kepada peminat.
BACA: Fattah Amin Bakal Tamat Zaman Duda? Netizen Dakwa Dewan Kahwin Dah Ditempah
Menurut Acha lagi, meskipun mungkin satu ketika nanti majlis tersebut akan dilangsungkan secara tertutup, pihak mereka akan umumkan berita baik itu.
“Jangan risau, kalau ada berita baik kita akan kongsi. Tiada sorok-sorok. Pernikahan ini berita yang baik kan, jadi memang kita akan kongsikan. Lagipun, peminat juga akan lebih dekat dan bergembira.
“Kalau pun mungkin dilangsungkan secara tertutup sekalipun, kita akan kongsi. Jika ada perancangan ke arah itulah,” katanya.
Terdahulu, hangat diperkatakan apabila ada yang mendakwa Fattah bakal melangsungkan majlis pernikahan tidak lama lagi dan berita itu diperoleh dari sumber yang boleh dipercayai. Malah, ada yang mendakwa dewan kahwin sudah pun ditempah.
Sumber: Utusan Online