Kalau ada jodoh, doakan – Remy Ishak – Utusan Digital

PETALING JAYA – Melihat hubungan yang terjalin dengan bekas tunangnya Ezza Yusof sebagai suatu usaha memperbaiki apa yang pernah berlaku sebelum ini.

Pelakon kacak Remy Ishak mengakui, sentiasa menghargai pengorbanan wanita yang dianggap cukup memahami dirinya itu.

Bagaimanpun ketika ditanya sama ada apa yang dimaksudkan ini membawa kenyataan hubungan mereka kini kembali bertaut, Remy bagaimanpun mengharapkan pengakhiran yang terbaik.

“Pengalaman lalu banyak mengajar saya menjadi lebih matang, diusia sekarang saya tidak nafikan sudah terfikir soal perkahwinan.

“Cuma saya tidak mahu memberikan sebarang kenyataan mengenai perkahwinan dan sebagainya bagi menghormati pihak sana agar tidak tersinggung. Tidak mahu ada salah faham. Kalau ada jodoh doakan.

“Semestinya saya juga mahu pengakhiran yang baik buat kami berdua. Saya mohon doa juga dan jika ada berita gembira pasti akan dikongsikan kepada semua, tapi bukanlah dalam tempoh terdekat,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Melalui kehidupan awal sebagai seorang anak yang berhadapan dengan penceraian keluarga, akui Remy,39, dia akui masih trauma. Tambahnya, bukan sesuatu yang pelik untuk dia sentiasa bersedia dalam mana-mana hubungan.

“Dari segi hubungan saya akui semakin selesa sebab Ezza semakin memahami. Saya sendiri datang daripada keluarga yang bercerai sejak kecil, jadi masih trauma dengan apa yang berlaku. Jadi saya tidak kisah proses berkawan itu mengambil waktu yang lama.

“Jadi dalam pemilihan calon isteri itu memang aka nada dugaan memang ada putus, ada sambung akan ada kenal orang lain. Jadi kita kena lihat yang mana betul-betul faham dengan Mana yang boleh faham kegilaan dan kerjaya kita, sebab menjadi pelakon ini keadanya berubah-ubah,” katanya.

Sementara itu, status hubungan Remy dan bekas tunangnya mula diperkatakan apabila tular gambar mereka dalam majlis hari lahir Ezza baru-baru ini.

Scroll to Top