“Kalau Awak Hubungi Bekas Isteri Saya, Jatuh Talak Satu” – Along Cham Dedah Punca Lafaz Taklik | Oh! Artis – Oh! Media

“Kalau Awak Hubungi Bekas Isteri Saya, Jatuh Talak Satu” – Along Cham Dedah Punca Lafaz Taklik | Oh! Artis – Oh! Media

Oh! Artis

Along Cham dedah tiga sebab utama lafaz taklik terhadap isterinya, Afreena Suhaimi jatuh.


Pelawak Along Cham kembali menjadi perhatian selepas tampil di Mahkamah Rendah Syariah Sepang menyatakan tiga sebab utama jatuh taklik terhadap isterinya, Afreena Suhaimi.

Menurut laporan Mstar, kejadian berlaku di kediaman mereka di Cyberjaya selepas Afreena didakwa melanggar syarat yang telah ditetapkan sejak awal perkahwinan.

“Dia kongsi lokasi sekolah anak saya dan hubungi bekas isteri” – Along

Along

Dalam kenyataan, Along atau nama sebenarnya Muhammad Nizamudin Ahmad mendedahkan beliau pernah memberi amaran jelas kepada isterinya.

Amarannya adalah jika awak berhubung dengan bekas isteri saya, kongsi lokasi sekolah anak, maka jatuh talak satu. Dia kongsi lokasi sekolah anak saya, dia hubungi bekas isteri dan cari Zila dengan alasan naluri sebagai seorang ibu.

Along turut berkata, perkara itu bukan kali pertama berlaku kerana isterinya tetap menghubungi bekas isteri walaupun telah berkali-kali diingatkan.

Sedangkan anak kandung sendiri dia tak mengaku anak. Saya difahamkan mereka berhubung sejak Jun 2024. Tak tahu apa niat dia, berkemungkinan sebagai pemberi maklumat.

Tuduhan curang dan tidak hormati suami

Along Cham

Selain isu tersebut, Along turut mengemukakan dua lagi sebab utama mengapa lafaz taklik itu jatuh iaitu perbuatan curang dan sikap isterinya yang didakwa membelakangkan beliau dalam pelbagai urusan rumah tangga.

Saya ada bukti dia curang dan tipu saya. Dia juga selalu buat keputusan sendiri tanpa pengetahuan saya. Semua perkara itu berlaku dan saya ada bukti. Saya tak mahu kemukakan bukti awal sebab nanti defenden (Afreena) serang mereka.

Dalam prosiding sama, pihak Along turut menyerahkan bukti rakaman audio yang menunjukkan Afreena mengetahui status rujuk mereka.

Mahkamah menetapkan tarikh sebutan semula bagi tuntutan pengesahan lafaz cerai itu pada 3 Julai depan.

Pssttt! Walau apa pun yang berlaku, semoga kedua-dua pihak dapat menyelesaikan kemelut ini dengan matang.

Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top