Ahli Parlimen DAP dicabar meninggalkan Kerajaan Perpaduan berbanding sekadar mengugut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, supaya mengambil tindakan terhadap Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, berhubung isu pemilikan saham.
Akmal Saleh tegur DAP
Bagaimanapun, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh mempersoalkan sama ada wakil rakyat berkenaan berani melepaskan jawatan yang dipegang ketika ini.
“Tidak perlu acah-acah hendak ugut PMX lah. Kalau berani, jalanlah sekarang!! Ini sembang kencang, tapi penakut sayangkan jawatan.
“Orang suruh letak jawatan dari awal, tapi sampai sekarang habuk pun tiada.
“Bak kata Ahli Parlimen DAP di Pulau Pinang sebelum ini kepada saya, jikalau anak jantan, letaklah jawatan,” katanya menerusi hantaran Facebook pada Selasa.
Hantaran terbabit dipercayai susulan gesaan Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong, yang mendesak Azam Baki meletakkan jawatan sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM.

Artikel lain: Akmal Saleh tanya geng kepanasan – “Apa yang ditakutkan bila Melayu Islam bersatu?”
Poay Tiong sebelum ini berkata, sekiranya kerajaan gagal mengambil tindakan tegas, beliau serta ahli-ahli Parlimen daripada DAP mengugut untuk keluar daripada Kerajaan Perpaduan.

Muhamad Akmal turut mempersoalkan sama ada Ahli Parlimen DAP sekadar berani bersuara tanpa mengambil tindakan, termasuk meninggalkan jawatan serta elaun yang dinikmati.
“Adakah tidak cukup jantan untuk meninggalkan jawatan dan elaun itu. Sembang bolehlah,” ujarnya lagi.
Sumber: FB Akmal Saleh





