“Kalau Betul Arwah Tinggalkan RM1.17 Bilion, Sila Tunjuk Bukti” 

“Kalau Betul Arwah Tinggalkan RM1.17 Bilion, Sila Tunjuk Bukti” 

Pelakon Zizie Izette terhibur dengan dakwaan netizen mengenai kehidupannya dengan suami Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar.

Menerusi perkongsian di Insta Story, Zizie berkata jika benar dakwaan tersebut dia mencabar untuk tampil tunjukkan bukti.

BACA: Zizie Izette Pilih Terus Hidup Meskipun Masih Berduka

Kata Zizie lagi, jika benar dakwaan tersebut dia dan anak-anak pasti akan gembira jika dakwaan itu benar.

“Kalau betul arwah suami saya tinggalkan RM1.17 bilion dalam akaun, silakan tampil dengan bukti seperti penyata bank dan butiran akaun, saya cabar tunjukkan.

“Percayalah, tiada siapa yang lebih gembira selain saya dan lima anak kami sekiranya perkara ini benar-benar wujud,” tulisnya.

Sementara itu, Zizie turut meminta untuk tidak membuat cerita serta berseloroh mengatakan jika sudah jumpa duit berkenaan maklumkan kepaanya kerana dia pun turut mencari.


Scroll to Top