“Kalau Betul Gencatan Senj*ta Kali Ini Menjadi, Saya Nak Sangat Jejak Kaki Ke Palestin”

“Kalau Betul Gencatan Senj*ta Kali Ini Menjadi, Saya Nak Sangat Jejak Kaki Ke Palestin”

Pelakon Mimi Lana meluahkan hasrat untuk menjejakkan kaki ke bumi Palestin sekiranya genjatan senjata yang baru diumumkan benar-benar berlaku.

Menerusi perkongsian di Threads, Mimi berkata dia terbuka untuk menyertai mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang sedang merancang untuk menghulurkan bantuan kepada penduduk Palestin.

BACA:“Mereka Yang Sanggup Jadi Tali Barut Israel Adalah Pengkhianat Negara”

“Kalau betul la genjatan senjata kali ini betul-betul menjadi, saya nak sangat jejak kaki ke bumi Palestine. Siapa-siapa yang buat nak buat misi bantuan ke sana ataupun ada NGO yang akan pergi tolong beritahu saya,” tulisnya.

Hantaran Mimi itu disambut oleh pengikutnya yang turut mengatakan mereka juga mahu turut serta dalam misi kemanusiaan ke Palestin.


Scroll to Top