Anak kepada penerbit terkenal, Datuk A.Aida iaitu Azeva Natassha berkata dia tidak meletakkan harapan besar untu bergelar juara Talk To My Manager 2 (TTMM2).
Menerusi sesi siaran langsung, Azeva berkata dia mahu rakan-rakannya berada di kedudukan tiga teratas serta bersyukur seandainya sampai ke final.
BACA: “Dia Nak Tumpang Populariti Saya” – Ameng Cabar Liza Hanim Popularkan Anak
Menurut Azeva lagi, dia berpendapat rakan-rakan yang lain lebih memerlukan kemenangan tersebut berbanding dirinya.
“Itu pun saya sudah bersyukur, Alhamdulillah.Saya nak kawan-kawan saya dapat top three, saya dapat nombor lima pun okay asalkan dapat pergi final.
“Sebab saya tahu mereka lebih memerlukan berbanding saya. Saya gembira jika jadi juara, tapi saya tahu kawan-kawan saya lagi memerlukan.
“Jadi kalau boleh, saya nak kawan-kawan saya yang jadi juara. Dapat masuk final pun saya sudah bersyukur, Alhamdulillah.” katanya.
Diruangan komen, rata-rata netizen memuji anak A Aida dan penyanyi Ameng yang memahami kesusahan orang lain.





