“Kalau Bukan Sebab Abang Sabri, Saya Tak Dapat Menikmati Islam”

“Kalau Bukan Sebab Abang Sabri, Saya Tak Dapat Menikmati Islam”

Menerima Anugerah Tokoh Maulidur Rasul (Kategori Saudara Baru Cemerlang) 2025, pelakon Ardini Angeline Tan berkara dia akan terus menyebarkan mesej Islam sebenar kepada masyarakat terutamanya buat mereka yang bukan beragama Islam.

Memetik Sinar Harian, Angeline berkata dia bersyukur di atas anugerah tersebut serta menyifatkan penerimaan paling berharga dalam perjalanan hidupnya selepas memeluk Islam.

BACA: “Setiap Hari Saya Berdoa Agar Allah Jadikan Saya Muslimah Sejati” – Angeline

“Sejak memeluk Islam, saya pernah kata, saya bertekad nak sebarkan dan menyampaikan erti Islam yang betul kepada masyarakat bukan Islam supaya mereka faham. Bila tidak salah faham, negara kita akan lebih aman dan damai.

“Bila ramai yang tahu erti Islam, mungkin satu hari nanti mereka juga akan jadi seperti saya,” katanya.

Sementara itu, Angeline berkata anugerah tersebut bukan saja buat dirinya tetapi buat suaminya dan keluarga serta mereka yang sentiasa mendoakannya.

“Kalau bukan sebab Abang Sabri, saya tidak dapat menikmati Islam.

“Jadi anugerah ini untuk beliau, keluarga saya dan semua yang selalu doakan saya,” katanya.

Sumber: Sinar Harian


Scroll to Top