“Kalau Dapat RM30,000 Mama Boleh Je Transfer, Tapi Saya Nak Buat Dia Bangga” – Cik B

“Kalau Dapat RM30,000 Mama Boleh Je Transfer, Tapi Saya Nak Buat Dia Bangga” – Cik B

Personaliti media sosial dan anak kepada usahawan popular, Datuk Seri Vida iaitu, Cik B mengakui memasang harapan dan  matlamat selepas menyertai program realiti nyanyian Talk To My Manager (TTM) musim kedua.

Kata pemilik nama lengkap, Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, 21, penyertaannya didalam program berkenaan bukanlah tertumpu semata-mata untuk meraih wang kemenaNgan sebaliknya ia adalah untuk membanggakan ibunya, Datuk Seri Vida (DSV).

“Kalau pemenang dapat RM30,000, saya tak mahu pun. Saya hanya nak melihat mama saya bangga. Sebab RM30,000 itu mama saya boleh je transfer.

“Saya cuma nak rasa bangga kalau dapat jadi juara. Saya rasa saya bukan sekadar penyeri, tetapi saya ada potensi untuk pergi lebih jauh,” katanya.

Cik B berkata demikian ketika ditemui pada sidang media TTMM yang berlangsung di Petaling Jaya, baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Cik B juga mahu mengambil peluang untuk menyasarkan penurunan berat badannya menerusi aktiviti yang dijadualkan oleh pihak produksi program.

“Matlamat saya nak turunkan berat badan, maksudnya saya mahukan aktiviti harian. Masuk ke kelas vokal, kelas tarian dan aktiviti brainstorming.

“Kalau tak saya akan hanya terperap dekat rumah dan main game.

“Saya nak turunkan berat badan sehingga 80 kilogram. Jadi saya akan lebih tampil yakin, tidak lah rasa mengah lagi,” jelasnya.

Sekadar info, selain Cik B dan Vida, program ini menampilkan sembilan lagi peserta lain iaitu Ani Maiyuni & Viviana, Datuk A. Aida & Azeva, Datuk Fazley & Fariedz Fazley, Adira & Anggrek, Jamilulhayat & Hussain serta Linda Jasmine & Ratu.

Scroll to Top