“Kalau I Pig, Anak I Piglet Lah?” – Ibu Anna Jobling Balas Kecaman Netizen

“Kalau I Pig, Anak I Piglet Lah?” – Ibu Anna Jobling Balas Kecaman Netizen

Oh! Artis

Ibu Anna Jobling disamakan dengan ‘pig’ oleh netizen. Ini respon pedasnya!


Ibu kepada selebriti popular Anna Jobling, iaitu Ariz Arop sekali lagi menjadi perhatian selepas tampil membidas komen kurang ajar yang dilemparkan kepadanya di media sosial.

BACA: “Anak Tiap Bulan Bagi Dekat RM10k” – Individu Dakwa Sepupu Dedah Perangai Ibu Anna Jobling?

Dalam komen itu, Ariz digelarkan seperti ‘pig’ gara-gara konflik panas yang dikaitkan dengan anaknya.

“Kalau I pig, anak I piglet lah ye?”

Anna Jobling

Dalam respon balasnya, Ariz mempersoalkan jika dia adalah ‘pig’ (babi), adakah anaknya layak digelar ‘piglet’ (anak babi).

Suka hati you jelah nak panggil I pig. Kalau I pig, mean anak I tu piglet lah ye? So you species apa pulak? You pun seorang yang rude, cerita sebenar pun you tak tau.

Beliau turut mencadangkan netizen supaya berhenti membuat tuduhan melulu kerana mereka sendiri tidak tahu kisah sebenar di sebalik isu tersebut.

You tau ke apa reason sebenar dia nak penjarakkan? Jaga tepi kain sendiri, cakap guna fakta, jangan melulu, takut makan diri sendiri. Takut satu hari nanti you pun jadi pig jugak.

Dalam hantaran lain di Instagram, ibu Anna dilihat memuat naik video mengenai pengorbanan seorang ibu.

Terdahulu, konflik di antara Anna dan ibunya tular selepas ibu membuat luahan kecewa di media sosial. Ibu mendakwa menerima perintah injunksi daripada mahkamah yang melarangnya daripada mendekati anak.

Dakwa ibu lagi, anak juga bersedia untuk memutuskan hubungan secara kekal sekiranya ibunya tidak berubah.

BACA: Ibu Dedah Terima Surat Peguam, Anna Jobling Mahu Putuskan Hubungan Ibu Dan Anak

Pssttt! Sebagai netizen, kadang-kadang lebih baik kita diam daripada terus melemparkan penghinaan yang akhirnya hanya memalukan diri sendiri.

Kredit: Instagram Mama Jobling
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top