Kalau jumpa orang sombong, mungkin saya akan balas cara sama – Anzalna Nasir

Kalau jumpa orang sombong, mungkin saya akan balas cara sama – Anzalna Nasir

Pelakon terkenal, Anzalna Nasir menegaskan sikap sombong bukan hanya wujud dalam kalangan selebriti, sebaliknya boleh datang daripada sesiapa sahaja termasuk orang awam.

Kalau sombong, balas cara sama

Screenshot

Menerusi perkongsian di Threads, menurut Anzalna, kebelakangan ini dia sering membaca pelbagai pandangan berkaitan artis yang dilabel sombong, namun berpendapat persepsi tersebut tidak seharusnya tertumpu kepada golongan selebriti semata-mata.

“Sejak kebelakangan ini asyik terbaca pasal artis yang sombong, tetapi bukan artis sahaja, sesiapa pun boleh jadi macam itu,” ciapannya, semalam.

Tambahnya lagi, tiada manfaat untuk seseorang bersikap angkuh kerana percaya masih ada individu lain yang lebih hebat dalam pelbagai aspek dalam kehidupan.

“Kalau rasa diri kaya, akan sentiasa ada yang lebih kaya. Kalau rasa diri cantik, ada lagi yang lebih cantik. Kalau rasa diri pandai, ada yang lebih bijak,” ujarnya.

Screenshot

Dalam masa sama, Anzalna turut berkongsi pendekatannya apabila berdepan dengan individu yang bersikap sedemikian. Jelasnya, dia cenderung untuk membalas layanan tersebut dengan cara yang sama sekiranya sikap itu berterusan walaupun sudah beberapa kali bertemu.

“Kalau orang sombong dengan saya walaupun dah 10 kali jumpa, mungkin saya akan layan cara yang sama,” katanya secara berseloroh.

Mengakhiri perkongsiannya, Anzalna mengingatkan semua pihak agar sentiasa merendah diri dan menjaga adab dalam pergaulan seharian.

Artikel lain: Anzalna Nasir syukur rezeki melimpah, kenang nasib golongan susah – “Mungkin tak dapat rasa yang sama”

Terdahulu, aktres itu meluahkan rasa syukur apabila menikmati juadah berbuka puasa sepanjang Ramadan dan mengakui hatinya tersentuh apabila teringat kepada individu mahupun keluarga yang tidak dapat menikmati perkara yang sama.

Tambahnya, dia mengambil inisiatif untuk menghulurkan bantuan kepada keluarga yang benar-benar memerlukan sepanjang bulan Ramadan.

Tindakan Anzalna itu mendapat pujian ramai yang menyifatkan usahanya sebagai contoh terbaik dalam menyemarakkan semangat berkongsi rezeki, lebih-lebih lagi ketika bulan Ramadan yang penuh keberkatan.

Sumber: Threads anzalnanasir88

Scroll to Top