'Kalau kena bawa watak perempuan, saya akan buat' – Syazwan

'Kalau kena bawa watak perempuan, saya akan buat' – Syazwan

mohamadridzuan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Pelakon Syazwan Zulkifly, 39, memaklumkan tidak pernah mempunyai karakter spesifik yang ingin dibawakan dalam lakonan walaupun baru memenangi gelaran Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik dalam Festival Filem Malaysia ke-34 tahun lalu.

Syazwan berkata, dia bersikap terbuka menerima apa sahaja watak yang diberikan dan menganggap ia mempunyai cabaran tersendiri.

“Saya ‘open’ kepada semua. Kalau kata kena bawa watak perempuan, kalau boleh saya nak bawa watak itu, contohnya. Kalau kata perlu kan… boleh buat kan. Kalaulah kata.

“Tapi tak mungkinlahkan. Tapi kalau kata itulah wataknya, saya okey. Saya tak cabar diri. Saya cuma suka ‘explore’ karakter itu macam mana,” katanya ketika ditemui pada penggambaran drama bersiri Pak Su Ammara, baru-baru ini.

Drama yang turut menampilkan Que Haidar, Ummi Nazeera, Hana Aqeela dan Mia Nasir ini akan menemui penonton di Astro Ria bermula esok.

Mengulas tawaran yang diterima selepas kemenangannya menerusi filem Blood Brothers, Syazwan berkata, ia bergantung pada keadaan.

“Ada beberapa filem yang saya dapat ‘offer’ (tawaran) adalah kerana saya menang hari itu. Tapi yang ‘tidak’ itu adalah saya sama saja. Tak ada apa-apa. Cuma kalau kata impak pada offer ada sedikitlah.

“Offer ke arah filem bertambah. Watak ada yang sama, ada yang contohnya filem lain-lain kan. Tapi itulah bila saya ke filem, banyak orang nak saya cuba cerita komedi pula.

“Dia macam sebab Blood Brothers hari itu. Tapi ada yang saya tak buat sebab saya tak nak dia ‘stay’ (kekal) saya sebagai ‘comedian’ (pelawak) pula kat dalam ‘movie’,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top