Nama anak kepada pengasas Dnars iaitu Irdina kembali menjadi bualan apabila memuat naik beberapa perkongsian penuh tanda tanya di media sosial.
Dalam salah satu hantarannya, Irdina bertanya sama ada wujud perasaan bersaing apabila seseorang berkahwin dengan duda kematian isteri.
Anak pengasas Dnars luah perasaan

Tidak terhenti di situ, Irdinar turut memuat naik foto memaparkan arwah ibunya dengan bapa tirinya dengan kapsyen Rasa & Takdir.

Dalam satu lagi hantaran, dia memberi amaran keras agar pihak tertentu tidak mencabar dirinya untuk bersuara. Katanya, netizen tidak mudah diperbodohkan meskipun ada usaha untuk menutup cerita lama.
“Kau ingat netizen bodoh sangat walaupun kau cuci guna retis gitu?”


Hantaran ini menimbulkan pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen. Rata-rata meminta wanita ini bersuara untuk menuntut keadilan jika benar mereka sekeluarga telah dianiaya.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.




