Cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob menyatakan rasa kurang senangnya terhadap lawak ‘double meaning’ yang diberikan pelawak dan anggota Kumpulan Senario, Lan Pet Pet terhadap Nur Fazura.
Kata Fazley, lawak berbaur ‘ketat’, ‘kering’ dan ‘basah’ patut dihentikan segera dek kerana platform media sosial zaman kini mudah diakses oleh golongan kanak-kanak.
“Gone are the days bila lawak tahun 90-an tu kelakar. Pasal ketat, kering dan basah dimasukkan dalam lawak should stop dah sebenarnya!
“Semua ni tak sepatutnya jadi tontonan umum. Budak-budak ada access pada benda yang sama kita tengok,” katanya.

Tambah Fazley, jika lawak berbentuk sindiran ini dilakukan pada era 90-an ia mungkin kelakar memandangkan pada ketika itu masyarakat masih taboo mengenai perkara itu.
“Dulu lawak double meaning jadi kelakar sebab kita belum ada kesedaran yang kita ada sekarang. Kalau masih belum sedar, diam lebih mulia!,”tegasnya.




