“Kalau Nak Bercuti Seminggu Pun Kami Tak Marah” – Netizen Minta PMX Jaga Kesihatan Dan Jangan Lupa Rehat | Oh! Media

“Kalau Nak Bercuti Seminggu Pun Kami Tak Marah” – Netizen Minta PMX Jaga Kesihatan Dan Jangan Lupa Rehat | Oh! Media

Sebentar tadi, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkongsi di Instagram yang beliau sedang dalam perjalanan ke Kaherah, Mesir bagi lawatan rasmi atas jemputan Presiden Abdel Fattah El-Sisi.

Menjadi tumpuan ramai adalah apabila gambar yang dimuat naik, menyentuh hati kebanyakan rakyat Malaysia.

PMX masih gigih bekerja walaupun muka nampak letih

Di kapsyen hantaran tersebut, beliau menyatakan sedang meneliti dan menyelesaikan beberapa tugasan penting, yang kita pasti ianya adalah urusan negara.

Ramai kagum dengan semangat kerja kuat PMX

Rata-rata netizen meninggalkan komen yang mereka bangga mempunyai seorang Perdana Menteri yang sangat kuat bekerja untuk rakyat. Ada juga yang merasakan Ahli Parlimen Tambun itu perlu berehat, kerana sudah melihat beliau bekerja untuk satu tempoh yang lama.

Berdasarkan rekod, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia pada 24 November 2022. Beliau telah memegang jawatan tersebut selama hampir dua tahun.

#OhmediaNasihat

Inilah pemimpin yang kita semua mahukan kuat bekerja, namun jangan lupa untuk rehat. Kesihatan adalah segalanya yang akan tentukan segala perkembangan dan kemajuan diri kita.


Scroll to Top