Kalau korang perasan, setiap mall sebenarnya ada vibe dia tersendiri. Ada mall yang memang sesuai untuk dating sebab suasana dia chill dan tak terlalu serabut, ada juga yang memang heaven untuk shopping, dan ada yang best kalau nak lepak dengan family atau kawan-kawan.

Sebab tu kalau nak plan outing dekat mall, kadang-kadang kita bukan sekadar fikir nak pergi mall mana tapi mall mana yang sesuai dengan vibe outing kita hari tu.
Ada orang suka mall yang happening, ada yang prefer tempat yang lebih santai untuk borak lama-lama. Tapi kalau tengok dekat sekitar Kuala Lumpur, ada beberapa mall yang memang selalu jadi pilihan bila orang plan nak dating atau sekadar hangout hujung minggu.

Antaranya ialah AEON Mall. Kalau nak tempat yang vibe dia lebih santai dan tak terlalu hectic, ramai yang selesa lepak dekat AEON Mall. Mall ni memang terkenal dengan konsep yang menggabungkan shopping, makan dan entertainment dalam satu tempat, jadi senang kalau nak buat aktiviti santai tanpa perlu rushing ke sana sini.
Biasanya orang yang datang sini akan start dengan jalan-jalan tengok kedai dulu, lepas tu sambung makan dekat cafe atau restoran yang ada dalam mall. Lepas tu kalau masih ada masa, boleh tengok wayang atau sambung dessert hunting.
Sebab tu AEON Mall ni selalunya jadi pilihan untuk casual date atau hangout dengan kawan-kawan, sebab vibe dia lebih relaxed dan selesa untuk spend masa lama.

Kalau korang jenis nak vibe yang lebih Gen Z, Sunway Pyramid adalah mall yang sesuai dengan jiwa korang.
Mall ni memang ikonik dengan design pyramid dan patung sphinx dekat pintu masuk tu. Tapi selain design dia yang unik, Sunway Pyramid juga terkenal dengan aktiviti yang agak berbeza berbanding mall lain.
Ramai yang datang sini untuk cuba ice skating, cafe hopping atau sekadar jalan-jalan cari spot menarik untuk ambil gambar. Sebab tu kalau tengok dekat sini, memang ramai Gen Z yang datang dating atau hangout dengan kawan-kawan sambil OOTD.

Bagi yang nak outing lebih santai pula, IOI City Mall selalunya jadi pilihan. Mall ni memang besar dan ada banyak aktiviti yang sesuai untuk semua peringkat umur.
Kalau datang dengan family atau pasangan, biasanya orang akan spend masa agak lama dekat sini sebab banyak pilihan tempat makan dan ruang dia pun luas. Jadi tak rasa terlalu sesak walaupun datang hujung minggu.

Satu lagi mall yang memang tak pernah sunyi ialah Mid Valley Megamall. Tempat ni boleh dikatakan antara mall paling popular kalau nak combine shopping dan makan dalam satu outing.
Biasanya orang datang Mid Valley dengan plan nak makan je, tapi akhirnya boleh jadi sesi jalan-jalan yang panjang. Lepas makan, sambung shopping. Lepas shopping, singgah coffee. Lepas coffee, tiba-tiba jumpa dessert pula. Sedar tak sedar dah malam.
Itulah yang buat Mid Valley sentiasa meriah sebab pilihan kedai dan restoran dia memang banyak.

Selain itu, 1 Utama Shopping Centre juga sering disebut sebagai antara mall paling besar di rantau Asia Tenggara. Dengan keluasan yang besar dan pelbagai flagship store daripada jenama terkenal, tempat ni memang jadi syurga untuk mereka yang suka shopping atau sekadar window shopping lama-lama.
Disebabkan pilihan kedai yang banyak, ramai juga yang suka datang sini untuk hangout sebab setiap kali datang pun rasa macam ada benda baru nak explore.

Kalau nak mall yang vibe dia lebih moden pula, Sunway Velocity Mall sering jadi pilihan terutama untuk crowd yang suka lifestyle spot yang lebih urban.
Mall ni terkenal dengan gabungan retail, cafe dan ruang lifestyle yang lebih santai, jadi ramai yang datang untuk cafe hopping, lepak dengan kawan atau sekadar jalan-jalan selepas kerja.
Kalau nak difikirkan balik, sebenarnya tak ada jawapan tepat mall mana paling best untuk dating atau hangout. Semuanya bergantung kepada vibe yang korang cari.
Ada yang prefer suasana santai macam AEON Mall, ada yang suka vibe lebih happening macam Sunway Pyramid, ada juga yang pilih tempat luas untuk outing dengan family seperti IOI City Mall.
Apa pun, yang penting bukan sekadar mall mana yang korang pergi tapi dengan siapa yang teman korang lepak dan luangkan masa sama-sama. Kadang-kadang outing simple dekat mall pun boleh jadi moment yang paling best kalau korang pandai pilih mall dengan betul.




