“Kalau Nak Ikut Tekak Awak, Masak Sendiri Diam Diam” – Tyra Kamaruzzaman

“Kalau Nak Ikut Tekak Awak, Masak Sendiri Diam Diam” – Tyra Kamaruzzaman

Usahawan dan personaliti media sosial, Tyra Kamaruzzaman mencuri tumpuan apabila tampil bersuara isu cara memasak yang kini menjadi perbualan hangat selepas cef terkenal, Che Sayang Kitchen dikecam.

Menerusi perkongsian tersebut, Tyra berpendapat setiap individu mempunyai cara masakan yang berbeza, justeru perkara itu tidak wajar untuk dibandingkan.

“Masak ni mudah saja, tak ada betul atau salah tentang cara seseorang itu memasak.

“Dia nak letak bahan apa, resepi tu tak asli ke, mak awak buat lain dari dia, cara tok nenek awak lain ke apa, itu tak peduli lah nama pun dia masak.

“Dia masak la cara dia. Kalau nak ikut tekak awak, awak masak sendiri diam-diam,” katanya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen mempunyai pandangan yang sama dengan Tyra.

Sebelum ini, isu mengenai resepi memasak menjadi perdebatan di media sosial selepas seorang individu mengritik cara masakan personaliti media sosial, Che Sayang Kitchen yang dikatakan terlalu ringkas dan dianggap ‘menderhaka’ resepi asal.

Scroll to Top