“Kalau Nak Isteri Tak Membebel, Cari Yang Kerja Live Host” – Atikah Suhaime

“Kalau Nak Isteri Tak Membebel, Cari Yang Kerja Live Host” – Atikah Suhaime

Pelakon Datin Atikah Suhaime berkongsikan rakan-rakan kepada suaminya, Datuk Lokman Teh menyifatkan usahawan itu beruntung kerana dikurniakan isteri yang tidak membebel.

Menerusi perkongsian di Threads, Atikah berkata rakan-rakan suaminya turut mengatakan dirinya senyap dan tidak banyak cakap.

BACA: Atikah Suhaimi Selalu Bergaduh Dengan Suami Setiap Kali Haid, Amal Istighfar Lembutkan Hati

Terhibur dengan kenyataan berkenaan, Atikah berkata setiap hari dia akan membuat live dari pagi hingga ke petang.

Seloroh Atikah lagi, disebabkan sudah bercakap berjam-jam setiap hari, dia akan jadi pendiam apabila selepas selesai siaran langsung kerana sudah tidak larat untuk bercakap.

Lebih menghiburkan, Atikah berkata jika mahukan isteri yang tidak banyak membebel, mungkin boleh mencari wanita yang mempunyai kerjaya sebagai ‘live host’ sebagai pasangan hidup.

“Kalau awak semua nak isteri yang tak membebel, cari yang bekerja sebagai live host,” selorohnya.


Scroll to Top