“Kalau Orang Tanya Tak Sunyi Ke?” – Rita Rudaini Pernah Janji Tak Akan Kahwin Lagi | Oh! Media

“Kalau Orang Tanya Tak Sunyi Ke?” – Rita Rudaini Pernah Janji Tak Akan Kahwin Lagi | Oh! Media

Menerusi sesi podcast bersama Berita Harian, pelakon jelita Rita Rudaini mendedahkan rela berkorban apa sahaja demi dua anak kesayangannya iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qada Arjuna.

Malah, Rita pernah memberitahu anak-anak bahawa dia tidak akan berkahwin lagi. Dia mahu melihat dua anaknya itu membesar dengan baik di depan matanya sendiri.

Jadi, pelakon ini mahu memberikan perhatian seratus peratus hanya untuk anak-anak. Dia hanya akan melepaskan anak-anak apabila mereka sudah mempunyai keluarga sendiri kelak.

Kalau orang tanya tak sunyi ke? Tak sunyi pun sebab kat rumah pun ada tujuh ekor kucing. Saya lebih bahagia dapat besarkan anak-anak sendiri tanpa ada gangguan mental.

Tegas Rita lagi, anak-anak tidak pernah kekurangan kasih sayang walaupun membesar tanpa kehadiran seorang bapa.

Nak kata kurang kasih sayang, buat perangai tak ada pula. Orang je yang melebih.

Buat masa sekarang, pelakon Mami Jarum ini lebih selesa hidup bertiga dan tidak merancang untuk berumahtangga.

Video penuh:


Scroll to Top