“Kalau Pakaian Tutup Tubuh Dianggap ‘Berlebihan’, Mungkin Hati Kita Yang Kurang Hidayah” – Tya Adnan

“Kalau Pakaian Tutup Tubuh Dianggap ‘Berlebihan’, Mungkin Hati Kita Yang Kurang Hidayah” – Tya Adnan

Isteri kepada pelakon Shukri Yahaya iaitu Tya Adnan tetap dengan pendirian mengenai gaya hidup wanita Muslimah yang aktif bersukan namn tetap menjaga aurat.

Menerusi hantaran di Threads, Tya berkata tidak semua dapat menerima melihat wanita Muslimah yang bersukan namun menutup aurat dan akan terus menghasilkan pakaian yang mematuhi syariat agama.

BACA: “Labuh Depan Belakang” – Tya Adnan Reka Pakaian Sukan Muslimah

“Tak semua orang boleh hadam wanita Muslimah yang confident, bersukan, dan tetap menutup aurat. Tapi itu tak bermakna kita perlu ubah diri kita.

“Yang tak selesa tengok, boleh teruskan scroll. Kami masih di sini, dan terus berkembang. Semoga Allah bantu,” katanya. 

Sementara itu, Tya turut berkata masyarakat sekeliling perlu membiasakan diri melihat wanita muslimah yang aktif bersukan namun masih menjaga aurat mereka. 

“Kita buat baju longgar, besar, tutup aurat — bukan untuk sedap mata orang pandang. Tapi untuk Allah pandang kita dengan rahmat-Nya. Kalau tak biasa tengok, biasakan. Ini bukan trend sementara. Ini perjuangan.  

“Aurat bukan ikut trend. Aurat ikut Tuhan. Kalau pakaian yang menutup tubuh dianggap ‘berlebihan’, mungkin hati kita yang kekurangan hidayah,” katanya.


Scroll to Top