Pendakwah bebas, Profesor Mohd Izhar Ariff Kashim tampil menegaskan perbuatan mencecah tatu adalah haram dan wajib dibuang setelah bertaubat.
Perkongsian itu dibuat susulan pendedahan seorang pempengaruh media sosial yang mengakui telah mencacah tatu pada lengan kirinya.
BACA: “Siti Nurhaliza Tutup Aurat, Telekung Bukan Syarat Sah Solat”
Menurut Izhar lagi, sekiranya sakit perlu mendapatkan rawatan untuk masalah berkenaan bukan melakukan perkara yang haram.
“Dosa itu adalah aib kita yang tidak perlu diuar-uarkan kepada khalayak apatah lagi dizahirkan menerusi tatu pada tubuh.
“Apapun alasan, TATU adalah HARAM dan WAJIB dibuang setelah bertaubat. Kalau sakit jumpa Doktor atau pakar jiwa bagi merawat masalah bukan buat benda haram,” katanya.
Jelas Izhar lagi, sekiranya individu yang melakukan tatu berkemampuan dari segi kewangan wajib untuk membuang tatu berkenaan.
“Jika seseorang itu tidak berkemampuan, maka keuzuran itu diterima namun dia perlu berusaha menabung untuk menghilangkan tatu pada tubuhnya pada masa akan datang.
“Oleh itu, elakkan bertatu adalah lebih selamat daripada laknat, dosa dan selamat daripada pembaziran wang yang merugikan untuk rawatan menghilangkannya selepas taubat,” katanya.




