harisfadli@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Individu yang tidak mampu mengawal emosi tidak layak berada dalam Tentera Darat Malaysia (TDM).
Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Azhan Md Othman berkata, pelbagai peringatan dan arahan berkaitan sudah dikeluarkan di peringkat TDM berhubung isu kekerasan melampau.
“Segala surat arahan sudah pun dikeluarkan namun demikian mungkin ada segelintir yang tidak dapat menahan emosi sebab itulah berlakunya perkara ini. Individu begini tidak layak berada dalam TDM.
“Di peringkat pemimpin sama ada pegawai memerintah mahupun ketua-ketua di bawah sentiasa memantau keadaan anggota namun ada segelintir kecil yang beremosi,” katanya pada sidang media Hari Ulang Tahun TDM ke-93 di Kem Perdana, Sungai Besi, di Sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai langkah jangka pendek dan panjang TDM bagi menangani isu kekerasan terbabit.
Terdahulu Harian Metro melaporkan,
seorang anggota tentera cedera parah dipercayai dipukul dalam kejadian di Kem Tentera Batalion 25 RAMD, di Bentong, Pahang.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar dilapor berkata, laporan diterima Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong jam 8.45 pagi pada 31 Mac.
© New Straits Times Press (M) Bhd



