”Kalau Tak Nak, Cakap Tak Boleh” – Cat Farish Dedah Pernah Terima Bayaran RM20 Bahagi Lima Orang | Oh! Artis – Oh! Media

”Kalau Tak Nak, Cakap Tak Boleh” – Cat Farish Dedah Pernah Terima Bayaran RM20 Bahagi Lima Orang | Oh! Artis – Oh! Media

Oh! Artis

Cat Farish dedah pernah dibayar RM20 pada awal karier sebelum bayaran persembahan mencecah RM50,000. Ini realiti dunia artis yang ramai tak tahu.


Penyanyi dan anggota kumpulan Ruffedge, Cat Farish membuka cerita tentang bayaran paling rendah yang pernah diterimanya ketika awal pembabitan dalam industri seni.

Menurut laporan Gempak, perjalanan menjadi penyanyi bukan sekadar glamor, ada waktu perlu terima bayaran kecil semata-mata untuk cari makan dan teruskan minat.

Kita nak jadi penyanyi akan ada benda macam ini, RM500 pun ada. Ini bukan fasal duit tapi berkaitan cari makan.

“Dulu RM20 kongsi lima orang…” – Cat Farish

Cat mengimbas zaman gig ketika mereka masih baru.

Dunia artis kalau kita baru, memang dulu kita kena bayar RM20 seorang. Paling murah RM20 kongsi lima orang masa zaman gig.

Namun, fokusnya ketika itu hanyalah menyanyi dan terus menyanyi, sehinggalah bayaran mula meningkat.

Bila dah naik atas, mulalah harga RM5,000, RM10,000, RM20,000 sampai sekarang RM50,000 untuk persembahan.

Walaupun kini dibayar tinggi, Cat tetap fleksibel bila dijemput pihak universiti.

Kalau budak universiti panggil, bajet RM500 hiburkan 1,000 pelajar. Saya fikir mereka akan dengar balik lagu saya. Itu cara berfikir sebagai orang lama.

Ada yang ambil kesempatan, tapi artis kena bijak

Cat Farish

Mengulas isu bayaran rendah, Cat tak menafikan wujud pihak yang cuba ambil kesempatan.

Ada setengah akan ambil kesempatan seperti persembahan amal. RM1,500 setengah orang rasa sikit, ada yang rasa banyak.

Untuk elakkan dipergunakan, Cat menasihatkan artis supaya tetap profesional dan tahu nilai diri. Itulah contoh bagaimana Ruffedge bertahan dalam industri selama ini.

Bagi saya RM1,500, tulis nama Ruffedge Charity dalam ‘check’ dan duit itu sebagai token kami datang. Kalau tak nak, cakap tidak boleh.

Pssttt! Tak kira bidang apa pun, semua kejayaan besar bermula dengan langkah kecil. Harga diri penting, tapi pengalaman juga bernilai untuk bezakan siapa yang menghargai, siapa yang mengambil kesempatan.

Kredit: Gempak
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Scroll to Top