Penyanyi Zehra Zamri menolak dakwaan kononnya wanita mudah memfailkan penceraian setiap kali berlaku perbalahan dalam rumah tangga.
Menurut Zehra ketika ditemui XTRA, pandangan tersebut tidak menggambarkan realiti sebenar khususnya bagi wanita yang sudah berkeluarga dan mempunyai anak.
“Saya tak bersetuju apabila wanita dikatakan cenderung memfailkan perceraian.
“Ini kerana, setiap yang berlaku (dalam rumah tangga) mesti ada sebabnya. Tinggal lagi wanita tersebut mahu meluahkan atau sekadar mengunci mulut sahaja.
“Saya percaya semua wanita mahu kebahagian terutamanya mereka yang sudah mempunayi zuriat. Wanita tak akan mudah meminta cerai tanpa sebab yang kukuh,” katanya.
Zehra mengulas perkara demikian ketika ditemui usai majlis sidang media Konsert Tradisional Simfoni Budaya II di Dewan Filharmonik Petronas (DFP) yang diadakan di Hotel Traders, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Meskipun terpalit dengan beberapa siri kontroversi, Zehra juga mengakui, masalah itu sama sekali tidak menjejaskan karier seninya.
Malah, bersyukur kerana masih menerima tawaran terutamanya dari pihak DFP.
“Alhamdulillah, masih menerima tawaran menyanyi dan dapat pula tawawan untuk membaut persembahan di DFP.
“Saya yakin tawaran ini adalah berdasarkan bakat yang Allah SWT beri bukan semata-mata kontroversi,” jelasnya.
Selain Zehra, anatran rakan artis yang akan membuat persembahan pada Konsert Tradisional Simfoni Budaya II di Dewan Filharmonik Petronas (DFP) nanti adalah, Datuk Andre Goh, Daniel Chuer, Hazra Dollah dan Rojer Kajol.
Untuk info, Zehra dan Nur Muhd. Iqwan Samsudin berkahwin pada 10 November 2021 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan berusia dua tahun.
Sebelum itu, Zehra pernah berkahwin dengan Wan Muhammad Nurhariz Hariri Wan Mohd Effendi pada 14 Oktober 2017, namun perkahwinan mereka hanya bertahan selama enam bulan sebelum bercerai pada April 2018.
Iqwan juga pernah mendirikan rummah tangga dan memiliki dua cahaya mata.