“Kali Ni Kita Approve!” – Dapat Sambutan Positif, Peminat Teruja Dengar Lagu ‘Mama Papa Raya’ Nyanyian Aliff Syukri

“Kali Ni Kita Approve!” – Dapat Sambutan Positif, Peminat Teruja Dengar Lagu ‘Mama Papa Raya’ Nyanyian Aliff Syukri

Saban tahun dikecam kerana menghasilkan lagu Raya yang tidak mencapai piawaian warganet, nasib usahawan selebriti popular Datuk Seri Aliff Syukri berubah pada tahun ini apabila karya terbaharunya, Mama Papa Raya mendapat pujian orang ramai.

Menampilkan duet antara Aliff bersama isteri tercinta, Datin Seri Nur Shahida, karya ini turut menampilkan dua orang anak mereka, Qadejah El Zahra dan Ammar Ahyan dalam sebuah lagu.

Sejak muzik video lagu ‘Mama Papa Raya’ itu dilancarkan jam 12 tengah hari tadi, karya ini menerima respons positif orang ramai.

Dicipta oleh Amy Ukays bersama Yana Hisham, rata-rata netizen ‘merestui’ lagu ini yang sedap didengar serta memuji jalan cerita yang disampaikan dalam muzik video.

Scroll to Top