am@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: “Pendam ini sakit juga ya”
Demikian luahan pelakon, Kamal Adli, 40 melalui hantarannya di Threads, seakan memberi gambaran mengenai situasi sukar yang sedang dilaluinya ketika ini.
Menerusi hantarannya, Kamal mengakui dia perlu menjaga segala aspek termasuklah dari segi batas pergaulan dan kerjayanya.
“Dalam tempoh sekarang ini memang kena jaga semua benda kan? Malah dalam kerja kan? Even (walaupun) satu side (pihak) dalam iddah. Sehabis baik menjaga semua. Buat lawak, buat happy (gembira),” tulisnya.
Kamal yang juga bapa tunggal kepada anak perempuannya, Hawra Uqaira berusia 22 bulan berkata, dia tidak sesekali cuba untuk mendekati mana-mana wanita lain, sama ada ketika waktu bekerja mahupun di luar.
“Tak cuba nak rapat-rapat dengan mana-mana perempuan even (walaupun) bukan waktu kerja. Yang ada cuma anak saja dan bukan nak gedik-gedik dekat mana-mana tempat,” tulisnya lagi.
Dalam hantaran yang sama, Kamal turut mendoakan kesejahteraan dan kemewahan buat pengikutnya selain menzahirkan rasa cinta yang mendalam terhadap anak perempuannya itu.
“Rakyat, tq (terima kasih) always (selalu) teman saya. Allah bless (rahmati) semua orang. Saya sumpah korang semua kaya raya dan bahagia. I just love Hawra so much, (saya sangat sayangkan Hawra),” tulisnya.
Menjengah ke dalam ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan Kamal serta memuji tindakannya untuk menjaga batas dengan mana-mana wanita.
“Dengar itu. Ini baru lelaki hebat. Hormat waktu iddah bekas isteri. Kamal, kami doakan semoga dipermudahkan segala urusanmu dan semoga doa-doa mu dimakbulkan Allah SWT. Aamiin,” tulis netizen.
“Kami tahu abang Kamal memang sayang sangat-sangat dengan Hawra. Walaupun tidak berada di situasi, kami sentiasa doakan yang terbaik untuk kehidupan abang Kamal sekeluarga,” tulis warga net.
© New Straits Times Press (M) Bhd



