Kamal Adli Kongsi Pengalaman Jujur Ketika Bergelar Suami

Kamal Adli Kongsi Pengalaman Jujur Ketika Bergelar Suami

Oh! Artis

Kamal Adli kongsi nasihat kahwin, ingatkan perkahwinan bukan sekadar cinta tapi tanggungjawab besar.


Pelakon Kamal Adli tampil berkongsi pandangan jujur tentang alam rumah tangga yang dilaluinya. Nasihat yang diberikan bukan sekadar luahan biasa, tapi datang daripada pengalaman sendiri yang cukup memberi pengajaran.

Menurutnya, ramai yang melihat perkahwinan sebagai sesuatu yang indah, tetapi hakikatnya ia menuntut komitmen dan tanggungjawab besar. Sebab itu, Kamal menasihatkan orang ramai supaya berfikir panjang sebelum membuat keputusan untuk berkahwin.

Kamal Adli tegaskan perkahwinan bukan sekadar cinta

Kamal Adli

Kamal menjelaskan bahawa perkahwinan bukan hanya tentang perasaan cinta semata-mata. Ia melibatkan tanggungjawab yang perlu dipikul oleh kedua-dua pihak untuk memastikan hubungan kekal harmoni.

Kalau nak kahwin, fikir betul-betul dulu. Saya cakap sebab kegagalan saya. Saya cakap untuk diri saya.- Katanya.

Menurutnya lagi, pengalaman lalu membuatkan dia lebih berhati-hati dan sedar bahawa keputusan berkahwin bukan sesuatu yang boleh dibuat secara terburu-buru.

Orang lelaki kena faham pasangan

Dalam masa sama, Kamal turut menekankan kepentingan lelaki memahami pasangan masing-masing. Perkara kecil seperti apa yang disukai atau tidak disukai oleh isteri sebenarnya memainkan peranan besar dalam hubungan.

Kita kena tanggungjawab, kena faham isteri kita. Apa yang dia suka, apa yang dia tak suka. Kita kena bertolak ansur, elak untuk bergaduh.- Pesannya lagi.

Tambahnya lagi, perbezaan sifat antara lelaki dan wanita sering menjadi punca konflik, lebih-lebih lagi apabila ego tidak dikawal.

Sebab perempuan ni sangat-sangat lemah. Kita lelaki ni kadang-kadang ego. Kadang-kadang kita rasa kita betul. Perempuan ni bukan rasa dia betul. Jadi benda ni memang akan berlaga.- Ujarnya.

Ego dan toleransi dalam rumah tangga

Kamal Adli

Kamal juga berkongsi bahawa dalam situasi konflik, pasangan perlu memberi ruang antara satu sama lain sebelum berbincang semula dalam keadaan lebih tenang.

Kita bagi sedikit ruang, sejuk, kita kembali. Mengaku sajalah salah ke, walaupun tak salah ke apa. Buat je sebab kita nak hidup lama kan. Kalau itu yang terbaik, itu yang isteri awak nak.- Katanya.

Namun begitu, dia mengingatkan bahawa toleransi juga perlu ada batas dan tidak seharusnya sampai memudaratkan diri sendiri.

Untuk rekod, Kamal dan Uqasha Senrose sah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan pada 12 Januari lalu. Mereka sebelum ini mendirikan rumah tangga pada November 2021 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Hawra Uqaira.

Pssttt! Kalau bab kahwin ni memang bukan benda main-main. Korang kena fikir masak-masak, bukan ikut emosi atau tekanan sekeliling. Bila dah masuk alam rumah tangga, baru tahu realiti sebenar. Jadi sebelum buat keputusan besar ni, pastikan diri betul-betul bersedia dari segi mental, emosi dan tanggungjawab.

Kredit: TikTok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Scroll to Top