Kamal Adli Terlepas Sahur, Akui Sukar Lalui Ramadan Seorang Diri – “Sebelum Ni Selalu Dikejut” 

Kamal Adli Terlepas Sahur, Akui Sukar Lalui Ramadan Seorang Diri – “Sebelum Ni Selalu Dikejut” 

Pelakon, Kamal Adli mencuri tumpuan ramai apabila memaklumkan dia terlepas sahur di hari pertama bulan Ramadan.

Menerusi perkongsian di platform Threads, Kamal atau nama lengkapnya, Ahmad Kamal Ahmad Adli, 40, tidak sedar ‘alarm’ telefonnya berbunyi.

“Minta maaf cakap, alarm tak bunyi atau alarm bunti tapi alarm saya pergi sahur sendiri. Yang penting, saya tak sahur hari ini. Minta maaf tak berjaya kejut sahur,” katanya.

Dalam sama sama, aktor filem Takluk:Lahad Datu ini turut meluahkan rasa sukar melalui Ramadan seorang diri tanpa ada orang terdekat atau yang tersayang di sisinya.

“Parah rupanya sorang-sorang ni sebelum ni selalu dikejut,” katanya.

Sekadar info, Kamal pernah mendirikan rumah tangga bersama aktres, Uqasha Senrose pada 4 November 2021, namun pasangan ini sah bercerai talak satu pada 12 Januari 2026.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Hawra Uqaira.

Scroll to Top