Pelakon popular, Kamal Adli, berkongsi pengalaman lucu apabila tidak sempat bangun untuk bersahur pada hari pertama Ramadan.
Terlepas waktu sahur

Menerusi satu hantaran di Threads, Kamal memaklumkan dia terlepas waktu untuk bersahur sama ada kerana penggera tidak berbunyi atau mungkin dia sendiri yang tidak sedar akan bunyi tersebut.

“Maaf cakap.. Alarm tak bunyi atau alarm bunyi tapi alarm saya yang pergi sahur sendiri.
“Yang penting saya tak sahur hari ini, maaf tak berjaya kejut sahur. Parah rupanya hidup sorang, sebelum ni selalu dikejut.
“Selamat berpuasa semua. Saya puasa juga sama-sama okay. Hari pertaman menahan geram,” ciapan Kamal, hari ini.

Menurut Kamal, situasi itu membuatkan dia menyedari cabaran hidup tinggal sendirian, apatah lagi sebelum ini dia terbiasa dikejutkan oleh isteri untuk bersahur.
Walaupun tidak sempat menjamah makanan sebelum Subuh, pelakon berkenaan tetap meneruskan ibadah puasa seperti biasa dan sempat mengucapkan selamat berpuasa kepada orang ramai.
Artikel lain: Kamal Adli hilang selera makan sejak bercerai – “Saya tak boleh tipu diri sendiri”
Untuk rekod, Kamal dan pelakon Uqasha Senrose sah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 12 Januari lalu.
Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 4 November 2021 dalam sebuah majlis tertutup di Janda Baik, Pahang.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira, kini berusia setahun sembilan bulan.
Sumber: Threads kamaladli



